my fmly tersyang

my  fmly tersyang

anak2ku

anak2ku
heppy selalu

Khamis, 7 Jun 2012

ku menulis lgi...

tk sedar skarng dh bln 6,tk lma lgi puasa sdh,,,,,alamak puasa ku blum terganti lgi..hari isnin ni klau tk ada ara melintang mau menganti lh .....

Selasa, 5 Jun 2012

apam kukus


RESEPI APAM KUKUS



BAHAN-BAHAN
  • 3 biji telur 
  • 1 ½ cawan gula 
  • 2 cawan tepung gandum ¾ cawan air suam 
  • 1 camca besar baking powder
CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang,  
  2. masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. 
  3. Masukkan air dan gaul hingga rata.
  4. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan.
  5. Masukan adunan ke dalam acuan.(jangan penuh)
  6. kukus hingga masak. 
  7. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.

mau cuba msak,,,


Ikan Tiga Rasa

Bahan-Bahan
1 ekor Ikan Kerapu
cili padi - di hiris kasar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang kecil - dirajang
2 ulas bawang utih - dirajang
sedikit oyster sauce, fish sauce
sedikit minyak bijan
1 senduk kecil lemon paste
sedikit daun ketumbar atau daun pudina
sedikit tepung jagung
air dan garam secukupnya

Cara-cara
Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan diangkat.
Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan. Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air).
Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat.
Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat. Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.

Khamis, 31 Mei 2012

puding lapis jeli...


Bahan-bahan 

  • 1 cwn susu cair-Yatie guna 1 tin susu cair dlm 400ml
  • 1 cwn jagung krim
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn tepung kastad
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 5 cwn air
  • @ 1 kotak instant jelly perisa rasberry/strawberry/limau
  • @fruit cocktail-toskan airnya

Cara-cara

  1. Masak 6 bahan pertama hingga mendidih dan pekat. Masukkan kedalam bekas yg disukai.
  2. Masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan masukkan keatas lapisan puding.
  3. Hias dengan fruit cocktai. Sejukkan.

Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 cwn air
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.

Sabtu, 26 Mei 2012

ku kembali...

hai semua jumpa lgi kita kli nie..lma dh sya tk menulis d blog kesayangan ini,,,
skrng dh bln 5 tk lma lgi bln 6...tk sdr kn masa berlalu ,pjm clik pjm clik ja tk sdh mau msuk bln ramadan pula,,,emmm cptnya msa belalu kn...

Isnin, 14 Mei 2012


Assalamualaikum

Ada masa dalam hidup kita ni kita rasa cukup sedih & down disebabkan perbuatan orang lain yang seterusnya memberi impak besar dalam hidup kita. Contoh yang paling dekat kita boleh ambil seperti love issue, trust issue dan friendship issue. Tiada orang kat dunia ni yang suka ditinggalkan, dianiaya, ditindas, di tikam belakang dan sebagainya.

Namun, kita kena ingat yang hidup ni tak tumpah seperti roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika seseorang tu dah menyakitkan hati kita terutama orang yang kita percaya, orang yang kita sayang, tak mustahil satu hari nanti orang tu pula akan merasai perasaan yang sama seperti apa yang kita rasa akibat perbuatan dia sendiri. Allah itu maha adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Jadi, kita kena sentiasa positif dalam hidup. Walau sebesar mana pun dugaan yang kita harungi, kita kena sentiasa ingat yang Allah sentiasa bersama hamba-hambanya walaupun hambanya kadang kala terlupa kepada-Nya



La takhaf wala tahzan, innallaha ma'ana
'Jangan kamu takut dan janganlah kamu bersedih
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita"