my fmly tersyang

my  fmly tersyang

anak2ku

anak2ku
heppy selalu

Khamis, 31 Mei 2012

puding lapis jeli...


Bahan-bahan 

  • 1 cwn susu cair-Yatie guna 1 tin susu cair dlm 400ml
  • 1 cwn jagung krim
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn tepung kastad
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 5 cwn air
  • @ 1 kotak instant jelly perisa rasberry/strawberry/limau
  • @fruit cocktail-toskan airnya

Cara-cara

  1. Masak 6 bahan pertama hingga mendidih dan pekat. Masukkan kedalam bekas yg disukai.
  2. Masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan masukkan keatas lapisan puding.
  3. Hias dengan fruit cocktai. Sejukkan.

Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 cwn air
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.

Sabtu, 26 Mei 2012

ku kembali...

hai semua jumpa lgi kita kli nie..lma dh sya tk menulis d blog kesayangan ini,,,
skrng dh bln 5 tk lma lgi bln 6...tk sdr kn masa berlalu ,pjm clik pjm clik ja tk sdh mau msuk bln ramadan pula,,,emmm cptnya msa belalu kn...

Isnin, 14 Mei 2012


Assalamualaikum

Ada masa dalam hidup kita ni kita rasa cukup sedih & down disebabkan perbuatan orang lain yang seterusnya memberi impak besar dalam hidup kita. Contoh yang paling dekat kita boleh ambil seperti love issue, trust issue dan friendship issue. Tiada orang kat dunia ni yang suka ditinggalkan, dianiaya, ditindas, di tikam belakang dan sebagainya.

Namun, kita kena ingat yang hidup ni tak tumpah seperti roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika seseorang tu dah menyakitkan hati kita terutama orang yang kita percaya, orang yang kita sayang, tak mustahil satu hari nanti orang tu pula akan merasai perasaan yang sama seperti apa yang kita rasa akibat perbuatan dia sendiri. Allah itu maha adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Jadi, kita kena sentiasa positif dalam hidup. Walau sebesar mana pun dugaan yang kita harungi, kita kena sentiasa ingat yang Allah sentiasa bersama hamba-hambanya walaupun hambanya kadang kala terlupa kepada-Nya



La takhaf wala tahzan, innallaha ma'ana
'Jangan kamu takut dan janganlah kamu bersedih
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita"

Khamis, 10 Mei 2012

makna ketenangan....

Assalamualaikum.. Ketenangan adalah impian setiap jiwa. ketenangan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. apabila tiada ketenangan seolah-olah tiada gunanya kita memiliki rumah yang besar, memiliki kereta yang hebat, memiliki jawatan yang tinggi. begitulah pentingnya ketenangan.tampa ketenangan jg diri kita akn menjadi kuncar kancir.,menjadi tiada ara hidup..bgitulh besrnya dn bermaknanya ketenangan,,,oleh itu aku perlukn ketenangan..................................